GHADIR_1

Tempat Deklarasi Umum Terakhir

Ayatollah Sayed Ali Huseini Milani

Bahagian Pertama

Pendahuluan

Pada tahun 1410 Hijrah bersamaan dengan 1369 Hijrah Syamsi (tahun Iran – 1990 Masihi) telah di adalah seminar antarabangsa yang besar sempena seribu empat ratus tahun peristiwa Ghadir.  Seminar ini atas usaha sebahagian dari yayasan-yayasan Syiah yang berada di luar Iran.  Telah hadir di dalam seminar ini rampai dari para pemikir dan ilmuan yang terkenal dari berbagai negara dunia.  Tulisan yang ada di hadapan kalian, iaitu Ghadir, Tempat Deklarasi Umum Terakhir, telah ditulis untuk dibacakan di dalam seminar tersebut.

Namun, teks ini yang merupakan pendahuluan perbahasan telah ditulis setelah seminar tersebut.  Ianya ditujukan kepada para perserta dan mereka yang terlibat dalam seminar tersebut.

Kami mendapatkan taufik untuk hadir dalam seminar memperingati Ghadir.  Kami juga telah mendapatkan menafaat dari pembentangan yang telah disampaikan oleh sebahagian ilmuan dan para pemikir.  Maka dengan itu kami merasakan perlu untuk mengucapkan penghargaan dan terima kasih ke atas segala usaha dari segi material dan maknawi dalam menjayakan seminar ini dan dengan sambutan dan layanan baik para penganjur.

Namun dengan semua ini, kami merasa bertanggungjawab untuk memberi sedikit pandangan tentang beberapa perkara berkaitan dengan seminar ini dan makalah-makalah serta pembentangan yang telah disampaikan.  Kami berharap dengannya, beban yang dipikul di bahu akan sampai ke tujuan dan kami telah melaksanakan tanggungjawab yang kami miliki.

Kami juga menganggapnya suatu yang baik yang mana seminar ini dinamakan sebagai “Seminar Imam Ali as dan memperingati yang ke 14 kurun peristiwa Ghadir” dan ini merupakan kesempatan yang besar.  Kami juga telah diundang dan kami telah menyiapkan artikel dan ucapan untuk disampaikan dalam kesempatan ini.

Jelas sekali bahawa maksud dan tujuan terakhir dari diadakan pertemuan seperti ini adalah untuk disampaikan dan menjelaskan hakikat dan kebenaran yang bersangkutan dengan peristiwa agung Ghadir.

Sayangnya, seminar ini berubah menjadi pentas penyampaian pendapat dan teori yang mana tempat untuk menyampaikannya adalah pada waktu dan di tempat yang lain, walaupun pendapat-pendapat ini juga dikutip dari sumber-sumber agama sebagaimana yang telah diisyarahkan oleh yang berbahagia Sayed Murthada Askari.

Namun para penganjur seminar antarabangsa ini telah menyedari berlakunya pertukaran tajuk seminar dari “Ghadir Khum” kepada “Persatuan antara mazhab-mazhab Islam”.  Kenapa tidak disampaikan kepada para tetamu yang diundang supaya mereka dapat menukar ucapan dan artikel mereka berasaskan kepada apa yang telah diatur dan bukan hanya sebahagian sahaja yang telah melakukannya?   Jika pengajur tidak menyedarinya, bagaimana dan kenapa pertukaran ini berlaku?

 

Di sini kami menyampaikan beberapa aspek berasaskan ucapan sebahagian dari Fudhala dan para Ustaz yang terhormat.

Di dalam seminar ini terdapat sebahagian dari pembicara yang dihormati telah menyampaikan dalam ucapan mereka tentang beberapa permasalahan persatuan antara mazhab-mazhab Islam.  Sebahagian pula hanya mengajak kepada perpaduan tanpa menyebutkan jalannya.  Sebahagian pula telah menyebutkan jalannya yang mana setiap satu dari mereka – Sayed Murtadha Askari, Sheikh Mahdi Shamsudin dan Sheikh Buthi – telah menyampaikan pandangan yang berbeza dari asas dan dasarnya.

Dari ini semua, terdapat penyelesaian lain.  Alangkah baiknya ianya telah dipersiapkan lebih awal dan mendapatkan kebenaran untuk disampaikan di dalam seminar tersebut.  Ianya kami ambil dari datuk kami yang mulia, Marje besar Syiah, Ayatullah Al Uzma Sayed Muhammad Hadi Milani ra.  Di sini kami sampaikan untuk tatapan dan diteliti oleh kalian.  Ambillah apa yang baik, sebagaimana firman Allah di dalam kitab sucinya:

فَبَشِّرْ عِبادِ الَّذينَ يَسْتَمِعُونَ الْقَوْلَ فَيَتَّبِعُونَ أَحْسَنَهُ[1]

 Maka berilah khabar gembira kepada hamba-hamba yang mendengar kata-kata dan mengikuti yang terbaiknya.

Semua mengetahui bahawa Al Quran Al Karim telah menyeru umat Islam untuk bersatu dan menghindari perpecahan.  Allah SWT telah berfirman:

وَاعْتَصِمُوا بِحَبْلِ اللّهِ جَميعًا وَلا تَفَرَّقُوا[2]

Berpegang eratlah kalian semua kepada tali Allah dan jangan berpecah belah.

Al Quran menyebutkan tentang Rasulullah saaw:

بِالْمُؤْمِنينَ رَؤُفٌ رَحيمٌ[3]

Baginda Rasulullah saaw sentiasa menjaga keadaan orang-orang mukminin dan mencintai mereka.  Baginda amat mengetahui apa yang akan terjadi setelah kewafatannya.  Baginda bersabda:

ستفترق اُمّتي على ثلاث وسبعين فرقة[4]

Akan berpecah umatku dengan tujuh puluh tiga kelompok …..

Baginda saaw telah menyeru kepada perpaduan dan bersatu hati dan memberikan amaran tentang berpecah belah.

Berdasarkan kepada ini, dapat difahami bahawa Baginda tahu apa yang akan berlaku.  Baginda benar-benar menyayangi umatnya dan menyampaikan amaran tentang perpecahan dan tidak bersatu.  Apakah boleh dipercayai bahawa Baginda tidak menunjukan jalan kepada umatnya?  Apakah Baginda tidak menunjukan mereka bagaimana untuk sampai ke tujuan yang mana ianya adalah untuk mereka selamat di akhirat?

Apakah boleh dipercayai bahawa ayat suci yang menyebutkan:

وَاعْتَصِمُوا بِحَبْلِ اللّهِ جَميعًا وَلا تَفَرَّقُوا[5]

Apakah ayat ini tidak ditafsirkan dan Allah tidak menentukan wujud luaran ‘tali Allah’?

Jika Baginda telah menunjukkan jalan dan telah menafsirkan ayat tersebut yang mana tafsiran Baginda juga adalah wahyu.  Sebagaimana yang difirmankan:

وَما يَنْطِقُ عَنِ الْهَوى * إِنْ هُوَ إِلاّ وَحْيٌ يُوحى[6]

Sesungguhnya dia (Rasulullah saaw) tidak berbicara dari hawa nafsunya.  Kecuali ianya adalah wahyu yang diwahyukan.

Apakah benar kita mendengar pandangan orang lain atau kita duduk bersama dan berfikir untuk Islam dan Muslimin.

Sekarang apakah jika kita mementingkan persatuan Islam maka kita tidak perlu lagi berbicara tentang Hadis Ghadir dan pembuktiannya tentang Imamah dan Wilayah.  Dan apakah kita berkeyakinan bahawa Ilmu Kalam adalah penyebab kepada perpecahan di kalangan umat Islam – sebagaimana yang dijelaskan oleh Sheikh Syamsudin – .  Hal ini seakan para Ulamak Syiah dan Ahlu Sunnah telah mengahbiskan hidup mereka dengan perbahasan yang tidak menghasilkan faedah.  Malah sekarang juga mereka masih lakukan.  Kenapa kita tidak merujuk kepada Allah dan RasulNya sehingga kita mampu mengambil jalan persatuan umat Islam dari Kitab dan Sunnah.  Allah SWT memerintahkan kita untuk merujuk kepada kedua-duanya dalam setiap urusan yang menyebabkan perselisihan.  Allah SWT berfirman:

فَإِنْ تَنازَعْتُمْ في شَيْء فَرُدُّوهُ إِلَى اللّهِ وَ الرَّسُولِ[7]

Maka jika kalian berselisih tentang sesuatu, maka kembalikannya kepada Allah dan Rasul.

Ada pun tentang apa yang sampai dari Rasulullah, Allah SWT berfirman:

وَما آتاكُمُ الرَّسُولُ فَخُذُوهُ وَما نَهاكُمْ عَنْهُ فَانْتَهُوا[8]

Dan apa yang dibawa oleh Rasulullah untuk kalian, ambillah dan apa yang dilarangnya untuk kalian, jauhinya.

Benar Rasulullah telah menunjukkan jalan dan telah mewasiatkannya kepada umat.

Kita memiki sebuah Hadis yang diriwayatkan oleh semua.  Namun alangkah baiknya jika kita dapat melihat semua beramal dengannya!  Rasulullah saaw bersabda:

إنّي تارك فيكم الثقلين: كتاب اللّه وعترتي أهل بيتي ما إن تمسّكتم بهما لن تضلّوا بعدي وقد نبّأني اللطيف الخبير أنّهما لن يفترقا حتّى يردا عليّ الحوض، فانظروا كيف تخلفوني فيهما

Aku tinggalkan dua perkara besar di kalangan kalian, Kitab Allah dan keluargaku Ahlu Baitku, selama kalian berpegang kepada kedua-duanya, kalian tidak akan tersesat setelahku, Tuhan yang Maha mengetahui telah mengkhabarkan kepadaku, kedua-duanya tidak akan berpisah sehingga bertemu denganku di telaga Kauthar nanti. Maka perhatikanlah bagaimana kalian perlakukan mereka setelahku.

Hadis Thaqalain ini dinukilkan oleh Muslim Nishaburi, Ahmad bin Hambal, Tirmizi dan ramai  lagi[9].  Dengan sedikit tumpuan, kita akan dapati bahawa Hadis ini secara jelas menafsirkan makna ‘tali Allah’.  Khususnya beberapa ungkapan yang disebutkan di dalam riwayat yang mana Baginda bersabda:

‘Selama kalian berpegang kepada kedua-duanya’.

Tambahan dari ini, Imam yang keenam, Imam Jaffar As Sadiq as telah berkata di bawah ungkapan ayat dari riwayat ini:

نحن حبل اللّه[10]

Kamilah tali Allah.

Apabila kita perhatikan dengan teliti, kita akan dapati secara yakin Hadis ini adalah titik persamaan nilai dan yang terbaik seluruh umat Islam.  Maka dengan ini amat wajar sekali untuk kita berkata kepada mazhab-mazhab lain – sebagaimana yang disampaikan oleh Sayed Musthafa Jamaluddin dalam qasidahnya – setiap langkah yang diambil untuk mendekati kami, kami akan semakin dekat dengan kalian.

Sekarang ini, kami ingin menyampaikan beberapa perkara tentang persatuan mengikut pandangan Sheikh Buthi.

Di dalam ucapannya, beliau sama sekali tidak menyanggah Hadis Ghadir.  Tidak sanadnya dan tidak hujjahannya.  Dari sisi ini, kami ucapakan terima kasih kepada beliau.  Hal ini disebabkan sebahagian dari Ulamak dari mazhabnya tidak bersedia untuk meriwayatkan Hadis ini.  Sebahagian lagi mengubahnya.  Sebahagian lagi mengingkari hujjahannya.  Malah ada juga yang mengingkari kehadiran Amirul Mukminin as pada hari Ghadir.

Begitu juga Sheikh Buthi menegaskan tentang kewajipan mencintai Ahlu Bait as.  Namun perkara ini tidak perlu kepada dalil dan hujjah. Ianya termasuk dari tanda-tanda Islam.

Sheikh Buthi juga menganggap bahawa mengikuti Ahlu Bait as adalah satu kemestian dan kewajipan.  Beliau berkata adalah menjadi satu kemestian seorang pencinta mentaati yang dicintainya.

إنّ المحب لمن يحبّ مطيع

Setelah itu dapat difahami maksud dari ucapannya adalah muqadimah kepada ucapannya yang berikutnya.  Beliau berkata:

واللّه، لو خالف علي أبا بكر لتابعناه ولكنّه بايع أبا بكر

Demi Allah jika Ali menentang Abu Bakar, pasti kami akan mengikutinya, tetapi dia telah membaiah Abu Bakar.

Maka itu kalian yang merupakan Syiah Ali perlu mengikutinya dan ini adalah makna persatuan.

Jawapan kami tentang perkara ini adalah, benar! Amirul Mukminin as memilih untuk diam ketika berhadapan dengan perlakuan Saqifah ke atasnya.  Namun apakah diamnya Imam dianggap beliau telah berbaiah dan ridha?

Sebagaimana yang telah kalian ketahui bahawa di dalam perbahasan Fekah telah dibuktikan bahawa diam adalah lebih umum dari ridha dan tidak ridha, kecuali dalam satu atau dua keadaan yang khusus.

Selanjutnya Sheikh Buthi berusaha dengan teori diamnya Amirul Mukminin as ketika berhadapan dengan peristiwa Saqifa dengan membawa beberapa bukti.  Antara yang disebutkan oleh beliau adalah sikap baik hati Imam Ali as ketika Abu Bakar dan Umar melakukan peperangan.  Begitu juga sikap baik Imam terhadap Usman ketika dikepung oleh orang-orang muslim.

Namun Sheikh Buthi lalai terhadap aspek ini yang mana bersikap baik dan bermesyuarat dalam urusan yang diminta adalah sesuatu yang patut dilakukan oleh setiap muslim, malah oleh setiap orang yang cerdik.  Namun ini bukan bermakna menandakan keridhaan terhadap seseorang, mengikutinya atau mempersetujuinya.

Namun begitu Sheikh Buthi sama sekali tidak menyebutkan tentang penolakan Amirul Mukminin as untuk berbaiah kepada Abu Bakar sebagaimana yang telah dinukilkan oleh sejarahwan.  Hal ini sebagaimana yang disebutkan secara jelas di dalam khutbah Shaqshaqiah oleh Amirul Mukminin as.

Tambahan dari ini semua, kita tanyakan kepada Sheikh: apa ucapanmu tentang Fatimah Az Zahra as?  Yang mana Baginda Rasulullah saaw mengenalkannya sebagai belahan dirinya – disebabkan Hadis adalah Hadis yang sahih dan para perawinya telah bersepakat tentangnya, sebahagian dari Ulamak besar ilmu Hadis seperi Suhaili dan Qurtubi dengan berdasarkan kepada Hadis ini, mereka menganggap bahawa Fatimah Az Zahra as lebih afdal dari seluruh sahabat-sahabat Rasulullah saaw – apakah kekasih Rasulullah saaw ridha ke atas kekhalifahan Abu Bakar?

Apakah di dalam Hadis sahih tidak disebutkan?

من مات ولم يعرف إمام زمانه مات ميتة جاهلية[11]

Sesiapa yang mati dan tidak mengenal Imam pada zamannya, mati dengan kematian jahiliah.

Maka siapakah Imam untuk Fatimah as?

Bukankah Sheikh telah mendakwa ‘Demi Allah jika Ali menentang Abu Bakar, pasti kami akan mengikutinya, tetapi dia telah membaiah Abu Bakar’.

Kami juga akan berkata: Demi Allah, pandangan Ali as adalah pandangan Fatimah as, jika Fatimah as membaiah Abu Bakar, dengan penuh yakin kami akan mengikutinya.

Dalam menyempurnakan bentangannya, dia berkata:

وإنّ عليّاً حارب معاوية ونحن مع علي في حربه مع معاوية

Dan sesungguhnya Ali telah memerangi Muawiyah dan kami bersama Ali dalam peperangannya dengan Muawiyah.

Maka itu di mana perbezaan yang kita perlukan persatuan dan mencegah perpecahan?

Beliau berkata:

منطقة الخلاف من الحسن المجتبى إلى الحسن العسكري، وهذا الاختلاف اجتهادي

Tempat perselisihan adalah dari Hasan Al Mujtaba hingga ke Hasan Askari dan ini adalah perselisihan dalam ijtihad dan tidak boleh menjadi penyebab perselisihan umat Islam.

Menghairankan (!!) para Imam kami adalah penyebab perselisihan?!

Perlu ditegaskan bahawa Hadis ‘aku tinggalkan dua perkara besar dikalangan kalian ……’ bersama dengan Hadis ‘Para Imam selepasku dua belas orang ….’[12] – yang mana telah disepakati kesahihan Hadis tersebut.  Namun sebahagian dari Ahlu Sunnah selepas menukilkannya telah bersusah payah untuk menyelewengkan maknanya –  adalah dalil yang jelas dan kukuh atas kepimpinan dua belas orang Imam dari zuriah Rasulullah saaw.

Namun begitu terdapat Hadis-Hadis lain yang telah diisyarahkan oleh yang mulia Tuan Askari dalam ucapannya.

Mengikuti dua belas orang Imam dalam seluruh urusan agama dan dunia adalah wasiat dan perintah Rasulullah saaw.  Satu-satunya jalan yang telah disabdakan oleh Baginda untuk menyelamatkan umat.  Ucapan ‘Imamah mereka adalah masalah ijtihad dan dengan sebab itu menyebabkan perselisihan’ adalah kata-kata yang jauh dari insaf dan adil.

Sheikh Buthi menyambung lagi tentang method persatuannya, dengan berkata:

ولو أنّ المهدي الّذي تقولون به ظهر وأسّس الدولة الإسلامية لبايعناه مثلكم

Dan jika Al Mahdi yang kalian katakan tentangnya kezuhurannya dan akan mendirikan pemerintahan Islam, kami akan membaiahnya seperti kalian.

Perlu dikatakan bahawa Imam Al Mahdi as adalah Imam ke dua belas dari para Imam Ahlu Bait as.  Baginda Rasulullah saaw telah menjadikan mereka sebagai pendamping Al Quran.  Baginda telah menegaskan bahawa mereka dan Al Quran tidak akan berpisah sama sekali sehingga hari dibangkitkan.  Hal ini adalah gabungan dari dua Hadis di atas, iaitu Hadis – aku tinggalkan dua perkara yang besar dikalangan kalian …’ dan Hadis ‘Para Imam selepasku dua belas orang ….’

Imam Mahdi adalah Imam kami yang ke dua belas yang masih hidup.  Dia melalui kehidupannya di atas muka bumi ini.  Yang meyakini bahawa beliau masih hidup bukan hanya dikhususkan kepada Syiah Imamiah sahaja.  Terdapat sebahagian dari Ulamak Ahlu Sunnah memperakui tentang hal ini dan telah menulis kitab tentang Imam Mahdi ajfs.

Sekarang perlu ditanya kepada Sheikh Buthi: jika tidak diterima Imamah dari Imam Hassan Al Mujtaba as sehingga Imam Hasan Askari as, apakah menerima Bani Umaiyah, Bani Marwan dan Bani Abbas sebagai Imam?

Apakah mempercayai kepimpinan Yazid yang telah menumpahkan darah sebahagian besar dari Ahlu Bait Rasulullah saaw dan juga mempercayai musuh-musuh Ahlu Bait as yang menduduki kerusi pemerintahan selepasnya?  Apakah masih sanggup membicarakan tentang kewajipan mencintai Ahlu Bait dan mengikuti mereka?

Sebagai penutup, kami telah sampaikan beberapa aspek terhadap seminar ini.  Kami serahkan beberapa lembaran tulisan ini kepada suadara-saudara yang fadhil dan para pemikir, jalan penyelesaian terhadap persatuan.  Maka dengan itu jangan ada yang mengatakan kami membicarakan tentang perpecahan dan perselisihan dalam keadaan umat Islam sedang berhadapan dengan musuh dan dalam bahaya.  Kami meyakini bahawa persatuan di kalangan umat Islam adalah perlu dan wajib.  Namun perlu dikaji dan dibahaskan bagaimana ia boleh dilaksanakan.   Jangan sampai perkara yang sepenting ini dibahaskan dengan berdasarkan pandangan yang tidak ilmiah sebahagian dari pembicara – yang dapat disaksikan di dalam sejarah, khususnya sejarah yang terkini, umat Islam dari seluruh sudut perlu memelihara persatuan dan kesatuan dalam berhadapan dengan musuh yang sama – .  Perkara ini mesti dikaji dengan teliti dan ilmiah.  Ianya perlu didiskusikan dari seluruh sudut sehingga diputuskan jalan penyelesaiannya.  Hasilnya perlu diterima oleh semua pihak dan ianya mesti dikekalkan setelah disampaikan kepada masyarakat.  Akhir kata, kami mengharapkan kejayaan taufiq dalam berkhidmat untuk penganjur seminar ini dan untuk pesertanya.

22 ZulHijjah 1420 Hijrah

Ali Huseini Milani

[1] Surah Az Zumar, ayat 17 dan 18.

[2] Surah A’li Imran, ayat 103

[3] Surah At Taubah, ayat 128.

[4] Fidh Al Qadir, 5 / 490.  Manaqib A’l Abi Talib, 2 / 270.

[5] Surah A’li Imran, ayat 103

[6] Surah An Najm, ayat 3 dan 4.

[7] Surah An Nisa, ayat 59.

[8] Surah Al Hasyar, ayat 7.

[9] Sahih Muslim, 7 / 122 dan 123.  Musnad Ahmad, 3 / 13, 5 / 182 dan 189.  Sunan Tirmizi, 5 / 329.  Mustadrak A’la As Sahihain, 3 / 110 dan 148.  Majma’u Al Zawa’id, 9 / 162 dan 163, Al Musannif Ibny Abi Syubai, 7 / 176.

[10] Al Mukhtadhar, 327.  Tafsir Furat, 90, hadis 73.  Tafsir Tha’labi, 3 / 163.  Syawahid Al Tanzil, 1 / 169.

[11] Al Milal wa An Nihal, 1 / 192.  Syarah Al Maqasid, 2 / 275.

[12] Hadis ‘para Imam selepasku dua belas orang’ atau ‘khalifah selepasku dua belas orang’ adalah hadis yang jelas.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *