GHADIR_2

Tempat Deklarasi Umum Terakhir

Ayatollah Sayed Ali Huseini Milani

Bahagian Kedua

Hari Ghadir adalah hari memperingati Imamahnya Amirul Mukminin as dan perlantikan beliau ke atas maqam yang tinggi tersebut. Tetapi di tempat mana yang dia bukan seorang Imam sehingga kita perlu membicarakan tentang perlantikan ke maqam yang tinggi ini, baik di Ghadir atau pada waktu yang lain?  Amat menghairankan untuk sebahagian berkata: amat luar biasa mereka! Kami meminta untuk membuktikan asas Imamahnya beliau dan menginginkan dalil atas beliau adalah penganti selepas Rasulullah saaw tanpa ada jarak, sedangkan mereka berkata: di tempat mana yang dia bukan seorang Imam?

Apa makna dakwaan yang besar ini?  Jalan mana untuk membuktikannya?

Dengan pencerahan yang lebih jelas terhadap apa yang telah kami dakwakan, ucapan ini bermula ketika pemimpin kami Muhammad Mustafa diangkat sebagai seorang Rasul, Maula kami Ali Murtadha juga diangkat sebagai seorang Imam dan Wasi kepada beliau.  Allah SWT sejak itu telah menginginkan Nubuwah dan Kerasulan sebagai milik Rasulullah dan Imamah sebagai milik Imam.

Mungkin sahaja kata-kata ini untuk telinga sebahagian yang tidak mengetahui dan dada sebahagian yang lain adalah sesuatu yang luar biasa dan mendebarkan.  Namun jangan cepat menghukum sebelum mendengar apa yang disampaikan oleh yang mendakwa.  Maka itu perlu penelitian dengan benar yang mana ini adalah caranya.

 

Imamah di tangan Allah SWT

Sebelum kita memasuki perbahasan sebenar, perlu diperjelaskan tentang aspek ini yang mana Imamah adalah sebuah penjanjian sebagaimana Nubuah.  Maka ianya adalah di tangan Allah SWT.   Tidak ada siapa pun yang boleh mencapai maqam tersebut kecuali yang Dia kehendaki.  Allah sendiri yang menentukan urusan ini.  Malah Rasulullah juga tidak berhak menentukannya, apa lagi untuk ditentukan oleh umat.

Aspek ini memiliki dalil-dalil yang kukuh yang banyak berdasarkan dari Kitab Allah dan Sunnah Rasulullah saaw.  Dinukilkan di dalam riwayat, Rasulullah saaw ketika berada di dalam keadaan tersulit dan ketika benar-benar memerlukan pertolongan berbading waktu-waktu yang lain, tetap sahaja bertegas tentang perkara ini.

Penulis sejarah mencatit:

Ketika Rasulullah saaw menyampaikan syariahnya di hadapan kabilah-kabilah Arab, sebahagian dari mereka berkata: jika kami berbaiah kepadamu dengan apa yang telah kau sampaikan dan kita mengikat penjanjian serta Allah memenangkanmu ke atas para penentangmu, apakah kepimpinan urusan ini selepasmu akan berada di tangan kami?

Rasulullah menjawab:

الأمر إلى اللّه يضعه حيث شاء[1]

Urusan ini di tangan Allah, Dia letakkan kepada siapa yang Dia inginkan.

Maka itu siapa yang Allah ingin untuknya urusan Imamah?  Dan bila Dia inginkan?

 

Dari Alam Nur sehingga Hari Inzar

Ketika Allah SWT mencipta Rasulullah saaw, waktu itu juga telah mencipta Amirul Mukminin Ali as.  Kedua-dua insan suci ini di alam nur adalah nur yang satu.  Kedua-duanya diciptakan bersama.  Setelah itu Allah SWT berkehendak Muhammad bin Abdullah saaw menjadi seorang Rasul dan Ali bin Abi Talib as sebagai pengantinya.  Urusan ini telah bermula sejak awal penciptaan kedua-dua insan agung ini.

Maka dengan ini kepimpinan dan kekhilafahan Amirul Mukminin as telah ditetapkan pada waktu yang sama ditentukan Nubuwah dan Kerasulan Khatamul Anbia saaw.

Perkara ini telah disabdakan kepada kita oleh Rasulullah saaw yang mana beliau adalah benar dan dipercayai dalam ucapannya:

كنت أنا وعليّ نوراً بين يدي اللّه عزّ وجلّ، يسبّح اللّه ذلك النور ويقدّسه، قبل أن يُخلق آدم بألف عام، فلَمّا خلق اللّه آدم ركّب ذلك النور في صلبه، فلم يزل في شيء واحد حتّى افترقنا في صلب عبدالمطّلب، ففيَّ النبوّة وفي عليّ الخلافة

Aku dan Ali adalah Nur di sisi Allah Azza wa Jalla, Nur tersebut bertasbih dan mensucikan Allah, seribu tahun sebelum Adam diciptakan.  Ketika Allah mencipta Adam, Nur tersebut duduk di dalam sulbinya.  Ianya tetap kekal bersama sehingga kami berpisah dalam sulbi Abdul Mutalib.  Maka padaku Nubuwah dan pada Ali, Khilafah.

Rasulullah saaw juga bersabda:

إنّ اللّه عزّ وجل أنزل قطعةً من نور، فأسكنها في صلب آدم، فساقها حتى قسّمها جزءين، جزء في صلب عبداللّه، وجزء في صلب أبي طالب، فأخرجني نبيّاً وأخرج عليّاً وصيّاً[2]

Allah SWT telah menurunkan potongan dari Nur dan mendudukannya di dalam sulbi Adam.  Ianya tinggal begitu sehingga Allah SWT menjadikan dua bahagian, satu bahagian di dalam sulbi Abdullah, satu bahagian di dalam sulbi Abu Talib.  Allah SWT telah mengeluarkanku sebagai Nabi dan mengeluarkan Ali sebagai wasi.

Maka dengan ini ketika pemimpin kita Muhammad Mustafa diangkat menjadi Nabi, Maula kita Ali Murtadha juga dipilih menjadi pemimpin dan Imam selepas Baginda ……

Setelah Baginda Rasulullah dilahirkan, Imam dilahirkan setelah itu ……. Dan ketika Baginda diutus, Imam menjadi muslim yang pertama.[3]

Ketika Baginda memperingatkan kaum keluarganya yang terdekat dan mengajak mereka untuk membantunya[4], hanya Imam Ali as sahaja yang membaiah dan berjanji setia kepada Baginda.  Pada waktu itu Baginda bersabda:

يا بني عبدالمطلب! إنّي بعثت لكم خاصّة وإلى الناس عامّة فأيّكم يبايعني على أن يكون خليفتي؟

Wahai Bani Abdul Muthalib, sesungguhnya aku telah diutus secara khusus untuk kalian dan secara umum untuk manusia, maka apakah ada dari kalian yang akan membaiahku dan akan menjadi khalifahku?

Namun yang menjawab seruan Baginda hanya Amirul Mukminin as.[5]

Seakan dengan bertanya dan mengumumkan sedemikian, Baginda telah diperintahkan untuk mengungkapkan kehendak Allah dan ketentuanNya di alam Zar.  Dengan cara ini Baginda juga telah meletakan batu asas Imamah di alam ini.

 

Dari Hari Inzar sehingga Ghadir

Bermula dari hari itu dan seterusnya, Rasulullah saaw mengungkapkan hakikat ini untuk disampaikan kepada yang lain pada setiap kesempatan dan tempat, di kalangan setiap pertemuan dan perkumpulan, setiap peperangan dan pertempuran, dengan ucapan dan ungkapan yang berbagai …..

Sesekali Baginda mengumpamakan Imam dengan para Anbia dengan bersabda:

من أراد أن ينظر إلى آدم في علمه، وإلى نوح في فهمه، وإلى موسى في مناجاته، وإلى عيسى في سمته، وإلى محمّد في تمامه وكماله وجماله، فلينظر إلى هذا الرجل المقبل

Sesiapa yang ingin melihat kepada Adam dalam ilmunya, kepada Nuh dengan kefahamannya, kepada Musa dalam munajatnya, kepada Isa dalam ketenangannya dan kepada Muhmaad dalam kesempurnaan dan keindahannya, maka lihatlah kepada lelaki yang akan datang ini.

Ketika yang hadir mendonggak kepala mereka untuk melihat orang yang membuat mereka mendonggak, mereka hanya melihat Ali as.[6]

Di tempat lain Baginda telah mengumpamakah maqam dan kedudukan Imam Ali di sisinya seperti Harun di sisi Musa.  Baginda bersabda:

أنت منّي بمنزلة هارون من موسى إلاّ أنّه لا نبي بعدي[7]

Kau di sisiku seperti kedudukan Harun di sisi Musa kecuali tidak ada lagi Nabi setelahku.

Pada waktu yang lain pula Baginda telah mengumumkan tentang kelebihan Imam disebabkan Imam memiliki sifat dan khususiah terpenting – iaitu yang paling berilmu – . Baginda bersabda:

أنا مدينة العلم وعلي بابها، فمن أراد المدينة فليأتها من بابها[8]

Aku adalah kota ilmu dan Ali adalah pintunya, maka sesiapa yang ingin masuk ke dalam kota, perlu mendatanginya melalui pintunya.

Berikutnya Baginda telah bersabda bahawa Imam adalah orang paling dicintainya dan Allah.  Tidak syak lagi keutamaan ini menunjukan bahawa Imam jauh lebih baik berbanding yang lain.  Natijah dari ini membuktikan Imamah adalah miliknya berbanding yang lain.

Ketika ayam panggang telah siap dan dibawa kepada Rasulullah supaya Baginda menikmatinya, lalu Baginda berdoa:

اللهمَّ إئتني بأحبّ خلقك إليك وإلي يأكل معي من هذا الطائر

Ya Allah! datangkan kepadaku, hambaMu yang Kau dan aku paling cintai, makan bersamaku dari ayam ini.

Setelah itu Abu Bakar datang! Namun Baginda tidak menerimanya dan tidak mengulangi doanya.

Setelah itu Umar datang dan Baginda juga tidak menerimanya.

Setelah itu, Ali bin Abi Talib datang kepada Rasulullah, Baginda segera menjemputnya dan makan bersama dengan Baginda.[9]

Yang kelima pula, ketika peperangan Khaibar, setelah dua orang – Abu Bakar dan Umar – gagal dan kembali, Rasulullah saaw bersabda:

اُعطين الراية غداً رجلاً يفتح اللّه على يديه يحبّ اللّه ورسوله ويحبّه اللّه ورسوله

Esok akan aku serahkan bendera kepada seseorang yang Allah akan menawannya melaluinya, dia mencintai Allah dan RasulNya dan Allah dan RasulNya mencintainya.

Pada malamnya semua orang menanti dan berharap Rasulullah akan menyerahkan bendera kepada tangan mereka.  Bila sampai waktu pagi, Rasulullah bersabda:

Di mana Ali?

Mereka berkata:  matanya sakit.

Dalam keadaan sedemikian, Baginda menyuruhnya datang dan dengan meletakan air liur mulutnya ke mata Imam serta mendoakannya.  Setelah itu seakan mata Imam tidak pernah sakit.  Lalu Baginda menyerahkan bendera kepada Imam sehingga Imam menang dan menawan Khaibar dengan tangannya.[10]

Peringkat keenam, Baginda telah memerintahkan Abu Bakar untuk menyampaikan surah Al Baraah untuk penduduk Mekkah.  Dipertengahan jalan, Baginda memerintahkannya untuk kembali.  Setelah itu Baginda memerintahkan Imam Ali as untuk melaksanakan urusan penting tersebut.  Baginda bersabda:

لا ينبغي لأحد أن يبلّغ هذا إلاّ رجل من أهلي[11]

Tidak wajar untuk sesiapa menyampaikan urusan ini kecuali seseorang dari keluargaku.

Satu demi satu dari urusan ini berterusan sehingga sampai pada hari Ghadir.  Ketika Baginda Rasulullah melalui saat-saat terakhir dari umurnya, Baginda tetap sahaja menyampaikan sekali lagi kepada semua apa yang telah berulang kali Baginda sampaikan.  Maka dengan itu, peristiwa Ghadir dan Hadis tentangnya adalah peristiwa agung yang mana para Ulamak Islam telah membuktikannya dan dengan jelas telah menulisnya di dalam kitab-kitab mereka.  Ianya menjadi suatu fakta sejarah yang amat jelas.  Maka tidak salah jika dikatakan syak dan ragu ke atas peristiwa ini sama dengan syak dan ragu atas kewujudan Rasulullah saaw dan kenabian Baginda.

 

Hadis Ghadir

Setelah mereka semua berkumpul dengan barisan yang panjang di padang pasir Juhfa untuk mendirikan Solat berjamaah dengan dipimpin oleh Baginda Rasulullah saaw.  Baginda saaw mendirikan Solat Zuhur bersama mereka.  Setelah itu Baginda berdiri di hadapan mereka dan bersabda:

أيّها الناس! قد نبّأني اللطيف الخبير أنّه لم يعمّر نبي إلاّ نصف عمر الّذي قبله، وإنّي أُوشك أنْ أُدعى فأُجيب، وإنّي مسؤول وأنتم مسؤولون. فماذا أنتم قائلون؟

Wahai manusia! Sesungguhnya yang Maha Latif Lagi Mengetahui telah mengkhabarkan kepadaku bahawa umur seorang Nabi adalah separuh dari umur Nabi yang datang sebelumnya.  Dan sesungguhnya waktu untuk aku dipanggil sudah hampir dan aku akan bersegera menerima panggilan tersebut.  Maka ketahuilah – tentang apa yang telah aku lakukan – aku akan disoal dan kalian juga akan disoal.  Ketika itu apa yang akan kalian katakan?

قالوا: نشهد أنّك قد بلّغت ونصحت وجهدت. فجزاك اللّه خيراً

Mereka berkata: Kami memberi kesaksian bahawa kau telah menyampaikan, menasihati dan berkerja keras. Semoga Allah memberimu ganjaran yang baik.

Baginda bersabda:

ألستم تشهدون أنْ لا إله إلاّ اللّه، وأنّ محمداً عبده ورسوله، وأنّ جنّته حقّ، وناره حقّ، وأنّ الموت حقّ، وأنّ الساعة آتية لا ريب فيها، وأنّ اللّه يبعث من في القبور؟

Tidakkah kalian telah memberi kesaksian bahawa sesungguhnya tidak ada Tuhan melainkan Allah, dan bahawa sesungguhnya Muhammad adalah hamba dan RasulNya, bahawa sesungguhnya syurga-Nya benar, sesungguhnya neraka itu benar, sesungguhnya kematian itu adalah hak, bahawa sesungguhnya kiamat pasti tiba dan tidak ada keraguan mengenainya, dan bahawa sesungguhnya Allah akan membangkitkan mereka di kubur?

Mereka menjawab: Kami memberikan kesaksian atas semua ini.

Baginda bersabda: Ya Allah! Kau adalah saksi atas ucapan mereka.

Setelah itu Baginda bersabda: wahai manusia apakah kalian dapat mendengarku?

Mereka berkata: ya.

Baginda bersabda:

فإنّي فرط على الحوض، وأنتم واردون عَلَيَّ الحوض، وإنَّ عرضه ما بين صنعاء وبصرى، فيه أقداح عدد النجوم من فضّة، فانظروا كيف تخلفوني في الثقلين

Maka sesungguhnya aku akan berada di sisi telaga dan kalian akan mendatangiku di telaga. Luasnya telaga ini seperti jarak antara Sana’ dan Basra, terdapat gelas-gelas sebanyak bintang-bintang di langit yang diperbuat dari perak, berenang-renang di dalamnya.  Maka perhatikan bagaimana kalian perlakukan terhadap dua benda besar setelah peninggalanku.

Sebahagian bertanya: dua benda yang mana wahai Rasulullah?

Baginda bersabda:

لثقل الأكبر كتاب اللّه، طرف بيد اللّه عزّ وجلّ وطرف بأيديكم، فتمسّكوا به لا تضلّوا، والآخر الأصغر عترتي، وإنّ اللطيف الخبير نبّأني أنّهما لن يتفرقا حتى يردا عَلَيَّ الحوض. فسألت ذلك لهما ربّي، فلا تقدموهما فتهلكوا، ولا تقصروا عنهما فتهلكوا

Thaqal Al Akbar – Benda berat yang lebih besar – Kitab Allah, satu sisi di tangan Allah Azza wa Jalla dan satu sisi di tangan-tangan kalian, maka berpegang eratlah kepadanya dan kalian tidak akan sesat.  Dan satu lagi yang lebih kecil, keluargaku.  Dan sesungguhnya Yang Maha Latif lagi Mengetahui telah mengkhabarkan kepadaku, sesungguhnya kedua-duanya tidak akan berpisah sehingga bertemu denganku di telaga.  Aku memohon kepada Allah tentang kedua-duanya.  Maka itu jangan kalian mendahului kedua-duanya, kalian akan binasa dan jangan ketinggalan dari kedua-duanya, kalian akan hancur.

Setelah itu Baginda memegang tangan Ali as dan mengangkatnya sehingga semua yang hadir dapat melihatnya.  Baginda lanjutkan dengan bersabda:

أيّها الناس! من أوْلى الناس بالمؤمنين من أنفسهم؟

Wahai manusia! Siapakah yang lebih berhak ke atas diri orang mukmin lebih dari diri mereka sendiri?

Mereka menjawab: Allah dan RasulNya lebih mengetahui.

Baginda bersabda:

إنّ اللّه مولاي، وأنا مولى المؤمنين، وأنا أولى بهم من أنفسهم. فمن كنت مولاه فعليٌّ مولاه

Sesungguhnya Allah adalah Maulaku dan aku adalah Maula orang-orang mukmin, aku lebih utama ke atas mereka lebih dari diri mereka sendiri, maka sesiapa yang aku adalah Maulanya maka Ali adalah Maulanya.

Tiga kali Baginda mengulangi kata-katanya dan melanjutkan:

اللّهمّ والِ من والاه، وعادِ من عاداه، وأحبّ من أحبّه، وأبغض من أبغضه، وانصر من نصره، واخذل من خذله، وأدر الحقّ معه حيث دار.

 ألا فليبلّغ الشاهدُ الغائبَ[12]

Ya Allah, perwalikan sesiapa yang memperwalikannya, musuhi sesiapa yang memusuhinya, cintailah sesiapa yang mencintainya, bencilah sesiapa yang membencinya, bantulah sesiapa yang membantunya, hinakan sesiapa yang membiarkannya dan putarkan kebenaran bersamanya sebagaimana ia berputar.

Pastikan, yang menyaksikan menyampaikannya kepada yang ghaib – yang tidak hadir – .

 

Ciri-Ciri dan Keistimewaan Ghadir

Di Ghadir, Baginda Rasulullah saaw telah menyampaikan dalam satu tempat apa yang telah Baginda sampaikan sejak mula beliau diutus tentang Ali di berbagai tempat dan keadaan yang berbeza.

Tambahan dari itu, Ghadir memiliki keistimewaannya yang tersendiri yang mana tidak dimiliki dalam dakwah Baginda yang lain.  Maka dengan itu ia memiliki kepentingan yang amat luar biasa yang menuntut kepada perhatian yang khusus dari seluruh aspek.

  • Antara keistimewaannya adalah sabda Baginda saaw yang begitu jelas dalam menerangkan maksud Baginda. Baginda sampai tidak bergantung kepada kata-katanya sahaja, malah menyampaikan maksudnya dengan praktik.

 

  • Dalam keadaan Baginda menyampaikan sabdanya, Baginda memegang tangan Imam Ali yang sedang berdiri di kanan Baginda dan mengangkatnya. Dengan perbuatan ini sudah cukup untuk seseorang menunjukan hasratnya kepada seorang yang lain.

 

  • Salah satu ciri tabligh ini adalah ianya hampir dengan waktu kewafatan Rasulullah saaw dan Baginda sendiri telah mengkhabarkannya.

Dalam khutbahnya di Ghadir, Baginda bersabda:

يوشك أن ادعى فاجيب

 Secepatnya aku akan dipanggil menuju kepada Tuhanku dan aku akan menjawab penggilan ini …..

 

  • Tidak dapat ditutup lagi bahawa ucapan dalam keadaan sedemikian memberi kesan yang mendalam kepada yang hadir. Ianya juga adalah hujjah yang sempurna ke atas semua dan menghilangkan segala bentuk uzur dan alasan dari mereka.

 

  • Antara kelebihan peristiwa Ghadir berbanding yang lain, ianya berlaku di hadapan jumlah umat Islam yang ramai. Beberapa waktu sebelum mengerjakan Haji, Rasulullah telah mengumumkan bahawa ini adalah Haji yang terakhir Baginda. Hasil dari itu, ramai dari umat Islam datang ke Madinah supaya mereka dapat mengerjakan Haji bersama-sama Baginda saaw.  Sebahagian lagi bergambung dengan Baginda ketika melaksanakan Manasik Haji.  Dengan ini mereka mendapatkan keberkahan bersama dengan Rasulullah saaw.  Akhirnya jumlah yang hadir amat luar biasa dan tidak ada siapa yang tahu jumlahnya melainkan Allah.

Baginda Rasulullah saaw bersama dengan ribuan yang hadir telah menamatkan Manasik Haji.  Setelah itu mereka mula berangkat pulang.  Ketika sampai ke daerah Ghadir Khum yang merupakan tempat berpisah Ahli Madinah dengan yang datang dari Mesir dan Iraq, mereka duduk dan menanti yang masih tertinggal di belakang untuk sampai.  Baginda memerintahkan supaya mereka yang sudah bergerak ke hadapan untuk berpatah balik.  Baginda mendirikan Solat dan menyampaikan khutbahnya sehingga semua yang hadir dapat mendengar ucapan Baginda.

 

  • Keistimewaan lain Ghadir adalah turun ayat Allah SWT sebelum khutbah Baginda saaw.[13]

يا أَيُّهَا الرَّسُولُ بَلِّغْ ما أُنْزِلَ إِلَيْكَ مِنْ رَبِّكَ وَإِنْ لَمْ تَفْعَلْ فَما بَلَّغْتَ رِسالَتَهُ وَاللّهُ يَعْصِمُكَ مِنَ النّاسِ[14]

Wahai Rasul, sampaikan apa yang telah diturunkan kepadamu dari Tuhanmu dan jika kau tidak laksanakannya maka kau tidak menyampaikan risalahNya dan Allah memeliharamu dari manusia.

 

Setelah Baginda menyampaikan khutbahnya, telah diturunkan ayat ini:[15]

الْيَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دينَكُمْ وَأَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتي وَرَضيتُ لَكُمُ اْلإِسْلامَ دينًا[16]

Hari ini Aku sempurnakan untuk kalian Agama kalian dan Aku lengkapkan nikmatKu atas kalian dan Aku ridha Islam sebagai Agama kalian.

 

  • Begitu juga antara aspek lain dari kelebihan peristiwa ini adalah ucapan selamat dan taniah mereka yang hadir kepada Amirul Mukminin as.

Namun yang pertama melakukan hal ini adalah Abu Bakar dan Umar ….. mereka berkata:

بخ بخ لك يابن أبي طالب، أصبحت وأمسيت مولاي ومولى كلّ مؤمن ومؤمنة[17]

Taniah ke atasmu wahai putera Abi Talib, kau telah berpagi dan berpetang sebagai Maulaku dan Maula setiap mukmin dan mukminat.

 

  • Antara aspek khusus tabligh ini adalah syair oleh Hassan bin Thabit yang beliau sampaikan setelah meminta izin dari Rasulullah saaw. Setelah mendengar apa yang disampaikan oleh Baginda Rasulullah saaw, dia berkata: wahai Rasulullah, izinkan aku menyampaikan beberapa bait syair dari ucapanmu tentang Ali as.

Baginda berkata: قل على بركة اللّه  sampaikanlah dengan keberkahan dari Allah.

Hassan bin Thabit bangun dan menyampaikan syairnya:

 

يناديهم يوم الغدير نبيّهم *** بخمّ فأسمع بالرسول مناديا
وقد جاءه جبريل عن أمر ربّه *** بأنّك معصوم فلا تك وانيا
وبلّغهم ما أنزل اللّه ربّهم *** إليك ولا تخش هناك الأعاديا
فقام به إذ ذاك رافع كفّه *** بكفّ عليّ معلن الصوت عاليا
فقال: فمن مولاكم ووليّكم *** فقالوا ولم يبدوا هناك تعاميا
إلهك مولانا وأنت وليّنا *** ولن تجدن فينا لك اليوم عاصيا
فقال له: قم يا عليّ فإنّني *** رضيتك من بعدي إماماً وهاديا
فمن كنت مولاه فهذا وليّه *** فكونوا له أنصار صدق مواليا
هناك دعا اللّهمّ والِ وليّه *** وكن للّذي عادى عليّاً معاديا
فياربّ انصر ناصريه لنصرهم *** إمام هدى كالبدر يجلوا الدياجيا[18];

 

Rasul bersabda kepada mereka di tepi Ghadir Khum.  Di Khum maka dengarlah apa yang disampaikan Rasul.

Telah datang Jibrail dengan perintah dari Allah.  Jangan kau bimbang kerana kau dijaga.

Dan sampaikan kepada mereka apa yang telah Allah, Tuhan mereka turunkan.  Kepadamu dan jangan kau takut kepada musuh-musuh.

Maka ia bangun dan tangannya diangkat bersama tangan Ali.  Dengan suara yang keras mengumumkan.

Dan berkata: siapa Maula kalian dan wali kalian.  mereka berkata dan tidak boleh berbuat-buat buta.

Tuhanmu Maula kami dan kau wali kami.  Dan kau tidak akan dapati kami hari ini ingkar tentang hal ini.

Bersabda kepadanya, bangunlah ya Ali maka sesungguhnya. Aku ridha kau selepasku sebagai Imam dan Hadi.

Sesiapa yang menganggapku Maulanya maka ini adalah walinya.  Maka jadikan diri kalian pembantunya dan walinya yang benar.

Di situ Baginda berdoa, Ya Allah perwalikan walinya, musuhilah sesiapa yang memusuhi Ali.

Maka Ya Tuhan, bantulah yang membantunya untuk membantu mereka.  Sebagai Imam pentunjuk seperti bulan purnama membelah gelapan.

 

Jelas sekali penyampai syair ini adalah antara sahabat Rasulullah saaw yang terkenal.  Ia mendiklimasikannya di hadapan mereka dengan izin Rasulullah saaw.  Setelah selesai, Baginda memberikan mandat dan memujinya.

 

Menjaga dan Memelihara Hadis Ghadir

Disebabkan aspek-aspek yang telah kami sebutkan, Ghadir dan Hadisnya memiliki kelebihan dan kepentingan yang khusus berbanding hari-hari dan Hadis-Hadis yang lain.  Khabar agung yang penuh dengan kegembiraan ini telah disabdakan oleh Rasulullah saaw.  Oleh kerana itu Ahlu Bait as dan para pengikut mereka sentisa mengambil kesempatan yang ada untuk membuktikan dan menyebarkannya di kalangan umat Rasulullah saaw.  Ianya juga untuk memeliharanya di dalam pemikiran dan lidah-lidah mereka pada sepanjang sejarah.  Mereka berusaha juga menjaga kehormatan Rasulullah saaw dan menjauhkan dari Baginda segala bentuk pelecehan.

Tentu sahaja hal inilah menyebabkan perselisihan dan perdebatan setelah kewafatan Rasulullah saaw.  Hal ini memberi makna, mengumumkan kebenaran Ahlu Bait terhadap kepimpinan setelah Rasulullah saaw berdasarkan kepada perintah Allah SWT.  Sedangkan tidak ada sebarang dalil dari Allah dan RasulNya atas kekhalifahan mereka yang mana tidak ada sumber yang mereka sandarkan kepadanya.

Dengan sebab itu juga Amirul Mukminin Ali as berkali-kali dan berkali-kali juga para Sahabat Rasulullah saaw bersumpah dengan Hadis ini dalam peristiwa yang berbagai.  Sebahagian dari tarikh juga telah menukilkan kepada kita:

  1. Pada hari Syura, diminta dari mereka supaya memberikan kesaksian terhadap kata-kata mereka dan semua mereka memberikan kesaksian.[19]

 

  1. Pada perang Jamal.[20]

 

 

  1. Dalam perang Siffin.[21]

 

  1. Di Kuffah, yang hadir memberi sumpah mereka terhadap perkara ini yang sebahagiannya memberikan kesaksian mereka. Sebahagian lagi mengatakan mereka lupa.  Hal ini akan kita bahaskan.[22]

 

 

  1. Fatimah Az Zahra as berhujjah dengan Ghadir dalam ucapannya.[23]

 

  1. Para Imam Ahlu Bait as dan pembesar dari keluarga Rasulullah saaw yang lain juga berhujjah dengan Ghadir dalam ucapan mereka.[24]

Begitu juga sebahagian dari Ansar yang di kalangan mereka ada Abu Ayub Al Ansari, Khuzaimah bin Thabit, Ammar bin Yasir, anak-anak Taihan, ketika mereka mendatangi Amirul Mukminin as di Kuffah, mereka berkata: Salam ke atasmu wahai Maula kami.

Imam menjawab: Bagaimana aku adalah Maula kalian sedangkan kalian adalah dari Arab yang bebas dan bukan hamba kepada sesiapa pun?

Mereka berkata: kami sendiri mendengar Rasulullah saaw bersabda pada hari Ghadir:

من كنت مولا فعلي مولاه[25]

Sesiapa yang menganggapku Maulanya maka Ali adalah Maulanya.

Malah sebahagian dari Sahabat berhujjah dengan Hadis ketika berhadapan dengan penentang mereka.  Ketika Muawiyah meminta Saad bin Abi Waqas menghina Amirul Mukminin as, dalam menjawab, beliau berhujjah dengan Hadis ini.[26]

Amru bin Ass juga di dalam salah satu suratnya kepada Muawiyah telah menjwabnya dengan Hadis ini.[27]

 

Bukti-bukti Hadis Ghadir

Terdapat banyak keadaan membuktikan Hadis Ghadir dan hujjahnya ke atas kepimpinan Amirul Mukminin.  Sebahagiannya kami bawakan secara ringkas di sini.

  1. Seseorang yang telah murtad mendatangi Rasulullah dan berkata: wahai Muhammad! Kau telah memerintahkan kami untuk bersaksi bahawa tiada Tuhan kecualiNya dan kau adalah RasulNya. Kau telah memerintahkan kami untuk mendirikan solat dan mengerjakan Haji serta mengeluarkan zakat, kami telah menerima semua ini.  Tetapi kau tidak cukup dengan itu sehingga kau mengangkat tangan sepupumu dan meletakannya lebih tinggi dari kami dan kau berkata: ‘sesiapa yang menganggapku sebagai Maulanya, maka Ali adalah Maulanya’.  Apakah perkara ini dari dirimu sendiri atau dari Tuhan?

Rasulullah saaw bersabda:

واللّه الّذي لا إله إلاّ هو! إنّ هذا من اللّه

Demi Allah bahawa tidak ada Tuhan kecuali Dia! Sesungguhnya ini adalah dari Allah.

 

Lelaki tersebut berbalik dan sambil menuju ke arah tunggangannya, dia berkata: Ya Allah! Jika apa yang dikatakan Muhammad itu benar, turunkan batu dari langit ke atas kami dan azabkan kami dengan bala yang berat.

Sebelum dia sampai ke tunggangannya, Allah SWT menurunkan batu dari langit menimpa atas kepalanya dan tembus di bawahnya.  Dia mati seketika itu juga.

Setelah itu Allah SWT menurunkan wahyu kepada Baginda.  Ayat ini adalah ayat Ghadir yang terakhir diturun kepada Rasulullah.

سَأَلَ سائِلٌ بِعَذاب واقِع * لِلْكافِرينَ لَيْسَ لَهُ دافِعٌ * مِنَ اللّهِ ذِي الْمَعارِجِ[28]

Telah bertanya orang yang bertanya tentang azab yang berlaku.  Untuk orang-orang kafir tiada untuk mereka pelindung.  Dari Allah pemilik tempat-tempat turun dan naik.

 

  1. Begitu juga antara Hadis yang menjadi bukti ke atas makna Hadis Ghadir adalah:

من كنت أولى به من نفسه فعلي وليّه

Sesiapa yang menganggap aku lebih utama di atas dirinya, maka Ali adalah walinya.

 

  1. Terdapat Hadis lain dari Ahlu Sunnah yang memberi pengesahan terhadap makna Hadis Ghadir.

Sebahagian berkata kepada Umar bin Khatab: apa yang kau lakukan terhadap Ali tidak sama dengan apa yang kau lakukan ke atas seorang pun dari Sahabat Rasulullah saaw yang lain?

Dia menjawab: Hal ini dikeranakan dia adalah Maulaku.

 

  1. Bukti lain dari makna Hadis Ghadir adalah dari kata-kata Ulamak besar Ahlu Sunnah iaitu Ibnu Hajar Makki yang mana ketika menjawab tentang Hadis ini, dia berkata:

Aku menerima bahawa dia (Amirul Mukminin as) lebih utama.  Namun aku tidak menerima bahawa dia memiliki maqam Imamah dan kepimpinan, malah beliau hanya memiliki keutamaan dalam ketaatan dan taqarub, seperti ayat Al Quran yang menyebutkan:

إِنَّ أَوْلَى النّاسِ بِإِبْراهيمَ لَلَّذينَ اتَّبَعُوهُ[29]

Sesungguhnya orang yang paling berhak ke atas Ibrahim adalah mereka yang mengikutinya.

Bukan sahaja tidak ada jawapan yang kukuh terhadap dakwaan ini, malah tidak dijumpai jawapan yang zahir juga untuk menolaknya.  Lebih-lebih lagi makna yang ada adalah makna yang difahami juga oleh Abu Bakar dan Umar.  Oleh sebab itu ketika mereka mendengar sabda Baginda terhadapnya (Amirul Mukminin as), mereka berkata: wahai putera Abu Talib, kau telah menjadi Maula setiap lelaki dan wanita.

Riwayat ini dinukilkan oleh Ulamak Ahlu Sunnah, Dar Quthni.  Begitu juga riwayat yang mana dikatakan kepada Umar: apa yang kau lakukan terhadap Ali tidak sama dengan apa yang kau lakukan ke atas seorang pun dari Sahabat Rasulullah saaw yang lain?

Dia menjawab: Hal ini dikeranakan dia adalah Maulaku.[30]

Dalam menjawab Ibnu Hajar, kita berkata: jika kita menerima maksud Rasulullah dari Aula adalah lebih utama dan lebih layak dalam mengikuti, maka dengan ini semua apakah ada yang lebih utama dan lebih layak selain Imam untuk diikuti dan ditaati?

Sikap yang kontradiksi dan bertentangan

Para Sahabat dan Tabien telah menunjukan sikap yang kontradiksi terhadap peristiwa Ghadir dan ketika berhadapan dengan Hadis Ghadir.  Pada awalnya Abu Bakar dan Umar telah mengucapkan taniah dan Hassan telah menyampaikan syairnya. Selepas kewafatan Rasulullah saaw, sebahagian memberikan kesaksian mereka atas peristiwa tersebut dan sebahagian lagi berhujah ke atasnya.

Berseberangan dari itu ada pula yang meragui kenabian Rasulullah saaw.

Abu Thufail pula berpura-pura seakan peristiwa tersebut tidak pernah berlaku dan tidak mengetahuinya.  Dia berkata: aku keluar ketika dia (Amirul Mukminin as) menyampaikan ucapan yang aku tidak senangi.  Aku tertembung dengan Zaid bin Arqam dan aku berkata kepadanya: aku mendengar dari Ali yang dia mendakwa ini dan itu!

Zaid berkata: apakah kau tidak mengetahui? Aku sendiri mendengar Rasulullah saaw telah bersabda tentang hal ini.[31]

Sebahagian lagi menyembunyikannya sehingga Imam menyumpah mereka.  Di antara mereka, Abdul Rahman bin Madlaj, Jarir bin Abdullah Bajili, Yazid bin Wadiyah, Zaid bin Arqam, Anas bin Malik dan Bara’ bin A’zib.

Ahmad bin Hanbal menukilkan dari Abdul Rahman bin Abi Laili yang mana dia hadir di tempat Rahbah.  Amirul Mukminin Ali as berkata:

انشد اللّه رجلاً سمع رسول اللّه صلى اللّه عليه وآله وشهد يوم غدير خم إلاّ قام

 Aku bersumpah kepada Allah, berdirilah sesiapa yang menyaksikan sabda Rasulullah saaw pada hari Ghadir Khum.

Dua belas orang berdiri dan berkata: kami melihatnya ketika Rasulullah mengangkat tangannya (Amirul Mukminin as) dan kami dengar Rasulullah saaw bersabda:

اللهمّ وال من والاه وعاد من عاداه، وانصر من نصره واخذل من خذله

Ya Allah perwalikan sesiapa yang mewalikannya, musuhi sesiapa yang memusuhinya, bantulah sesiapa yang membantunya dan hinakan mereka yang menghinanya.

Namun ada tiga orang yang tidak bangun. Amirul Mukminin menyumpah mereka dan ketiga-tiga terkena sumpahan tersebut.[32]

Di dalam riwayat dinukilkan oleh Ibnu Athir, disebutkan sedemikian: sebahagian telah menyembunyikan perkara ini.  Tidak ada seorang pun dari mereka yang mati kecuali dalam keadaan buta atau ditimpa bala yang pedih.[33]

Di dalam riwayat, Muttaqi Hindi juga disebutkan: sebahagian telah menyembunyikan perkara ini dan semua mereka sebelum mati telah menjadi buta atau menjadi kotor.[34]

Perawi lain berkata: aku datangi Zaid bin Arqam dan aku berkata kepadanya: aku memiliki suadara yang telah menukilkan darimu Hadis tentang Ali as pada hari Ghadir.  Aku ingin mendengarnya darimu sendiri.

Zaid berkata: kamu adalah ahli Iraq dan terdapat masalah di antara kalian (yang mana aku tidak dapat menyampaikan perkara ini).

Aku katakan kepadanya: jangan risau dari pihakku (dan katakanlah)

Setelah merasa aman, dia berkata: iya, benar. Kami berada di daerah Juhfa …….[35]

Yang lain menukilkan bahawa aku berkata kepada Saad bin Abi Waqas: aku ingin bertanya sesuatu tetapi aku takut kepadamu.

Saad berkata: aku adalah bapa saudaramu! Tanyalah apa yang kau inginkan.

Rawi berkata: aku berkata kepadanya: kau telah katakan tentang pendirian Rasulullah saaw pada hari Ghadir dan dalam kalangan kalian …….[36]

Seseorang yang lain pula berkata bahawa aku telah katakan kepada Zuhri: jangan kau ceritakan peristiwa ini – Ghadir – di Sham.  Nantinya kedua telingamu akan dipenuhi dengan kejian terhadap Ali.

Dalam menjawab, dia berkata: demi Allah! Aku mengetahui keutamaan dan manaqib Ali yang mana jika aku membicaranya, aku akan dibunuh.[37]

 

Ghadir dan Para Ulamak

Sebahagian dari Ahli Hadis dan Ulamak Kalam telah menukilkan peristiwa Ghadir dan Hadisnya sebagaimana yang berlaku[38].  Sebahagiannya telah kami petik dan menyebutkan sumber-sumbernya.

Sebahagian lagi tidak menukilkan bahagian awal, yang mana Rasulullah saaw bersabda:

ألست أولى بالمؤمنين من أنفسهم؟

Apakah aku tidak lebih utama terhadap orang mukminin lebih atas diri mereka sendiri?

Sebahagian lagi pula tidak menukilkan bahagian akhir dan doa Rasulullah saaw:

اللهمّ وال من والاه وعاد من عاداه

Ya Allah, perwalikanlah sesiapa yang memperwalikannya dan musuhilah sesiapa yang memusuhinya.

Walaupun semua langkah-langkah ini tidak memberikan hasil, dikeranakan:

Protes – apa yang telah dilakukan oleh Fahri – kekufuran yang menyebabkan turunnya azab Allah ke atasnya.

Menyembunyikan Hakikat – yang dilakukan oleh sebahagian – dosa yang besar yang diikuti dengan sumpahan dan kehinaan ke atas mereka.

Mengubah Riwayat – pengkhianatan yang nampak setelah peredaran masa.

Dengan keadaan ini, seluruh ini pasti ada, namun kali ini dengan wajah kealiman dan dengan warna dan tipu daya ilmu! Maksudnya mencacatkan hujjahan dan makna Hadis.

Sikap dan perlakukan ini – dengan tidak memberi perhatian kepada pihak yang telah menukilkan Hadis-Hadis dan pembicaraan tentang Ghadir – telah menzahirkan aspek ini bahawa tidak syak lagi Hadis Ghadir telah menjelaskan satu peristiwa yang agung.  Hal ini menyebabkan perkara ini diperdebatkan dan dipertikaikan.

 

Makna Hadis Ghadir

Tidak syak lagi sesiapa sahaja yang insaf terhadap peristiwa Ghadir dan memberi sedikit penelitian terhadap Hadisnya, pasti akan menyakini bahawa kata ‘Maula’ Hadis ini menegaskan tentang Imamahnya Imam Ali as dan kepimpinannya.  Hal ini disebabkan sebelum Rasulullah saaw bersabda tentang hal ini, Baginda bersabda:

ألست أولى بالمؤمنين من أنفسهم؟[39]

Apakah aku tidak lebih utama terhadap orang mukminin lebih dari atas diri mereka sendiri?

Sebelum Baginda bersabda, Baginda telah mengisyarahkan kepada ayat:

النَّبِيُّ أَوْلى بِالْمُؤْمِنينَ مِنْ أَنْفُسِهِمْ[40]

Nabi itu lebih utama ke atas orang mukminin lebih dari diri mereka sendiri.

Ini menunjukan mereka diwajibkan mengikuti Baginda dan mengambil perduli segala perintah Baginda.  Mereka juga perlu bersaksi tentang hal tersebut sebagaimana makna yang terkandung di dalam ayat Al Quran.[41]

Setelah muqadimah ini, Baginda bersabda:

من كنت مولاه فعلي مولاه[42]

Sesiapa yang aku adalah Maulanya maka Ali adalah Maulanya.

Inilah makna dari sabda Baginda yang difahami oleh seluruh yang hadir dalam pertemuan tersebut.  Yang terpenting dari yang hadir adalah Amirul Mukminin as, Hassan pensyair, kedua-dua orang tersebut dan Para Sahabat.

Makna tersebut juga yang telah diingkari oleh Fahri dan berat untuk Abu Thufil dan fulan dan fulan! Dan mereka menutupinya.

Namun begitu sebahagian dari Ulamak dengan perasaan insaf seperti Taqiyudin Maqrizi memperakuinya dan menyebutkan di dalam kitabnya:

Ibnu Zulaq berkata sedemikian: pada hari 17 ZulHijjah – Hari Ghadir – sekumpulan dari penduduk Mesir, Moroko dan sekitarnya berkumpul untuk membaca doa.  Hal ini disebabkan hari tersebut sempena wasiat Rasulullah saaw kepada Amirul Mukminin Ali bin Abi Talib sebagai pemimpin setelah Baginda.  Mereka menganggap hari tersebut sebagai Hari Raya.[43]

Terdapat bukti-bukti lain yang menjadi saksi atas makna ini – sebahagiannya telah kami sebutkan -.  Penghujung dan abstrak dari ini semua adalah:

Kata ‘Maula’ dalam Hadis Suci Nabawi memberi erti seseorang yang berhak dalam ditaati dan pemilik kekuasaan serta kuasa menghukum berada di tangannya.  Inilah makna Wilayah yang besar dan Imamah yang agung.

 

Keraguan dan Bantahan

Antara sanggahan-sanggahan lemah yang dilemparkan kepada makna ini yang mana sebahagian mengatakan:

‘Wilayat di dalam Hadis ini memberi makna penolong dan cinta’.  Mereka berhujah dengan dalil adab yang mana ‘wazan’ (ukuran) مفعل – yang mana kata مولى atas wazan ini – tidak memberi makna افعل.  Maka itu tidak benar makna Aula –‘lebih utama’ untuk makna Maula. Mereka ini antara tidak tahu atau menzahirkan ketidak tahuan mereka.  Hal ini dikeranakan para ahli tafsir dan ahli Bahasa besar Ahlu Sunnah telah menyatakan bahawa kata Maula memberi makna Aula.  Ayat Al Quran:

فَالْيَوْمَ لا يُؤْخَذُ مِنْكُمْ فِدْيَةٌ وَلا مِنَ الَّذينَ كَفَرُوا مَأْواكُمُ النّارُ هِيَ مَوْلاكُمْ وَبِئْسَ الْمَصيرُ[44]

Maka pada hari ini tidak diterima tebusan dari kamu dan tidak pula dari orang-orang kafir. Tempat kamu ialah neraka. Dialah tempat berlindungmu. Dan dia adalah sejahat-jahat tempat kembali.

Mereka telah menafsirkan ayat ini dan ayat-ayat yang sama dengan makna ini.

Antara mereka yang secara jelas mengisyarahkan kepada makna ini adalah Farra’, Abu Zaid, Abu Ubaidah, Akhfash, Abul Abbas, Thalabi, Mubarrad, Zujjaj, Ibnu Anbar, Rummani, Jauhari, Thalabi, Wahidi, Zamakhshari, Nishaburi, Baidhawi, Nasfi, Abu Saud, Shahab Khafaji dan lain-lain.[45]

Ketika mereka menyedari bahawa dakwaan mereka tidak benar, maka bibir mereka terpaksa mengakuinya dan berbicara terhadap hakikat.  Walaupun sebahagian dari mereka tidak menerimanya yang mana maksud dari keutamaan ini adalah yang paling berhak dalam penguasaan dan pemilikan.  Mereka menganggapnya sebagai keutamaan dalam kecintaan dan persahabatan.  Sebahagian lagi menganggap keutamaan dalam mengikuti.

Namun kata-kata ini adalah sama dengan dakwaan yang pertama yang tidak memiliki dalil dan tanpa asas.  Malah tidak ada bukti terhadap perkara ini.  Jika kita menerima makna keutamaan dalam kecintaan dan diikuti tanpa sebarang syarat, tetap sahaja keutamaan ini khusus untuk Imam.

Ada pun sebahagian yang memberikan makna yang ketiga – keutamaan dalam mengikuti untuk kalimah Maula – apabila memahami kelemahan pandangan mereka, maka mereka memperakui kebenaran.  Mereka berkata: benar yang dimaksudkan oleh Hadis suci ini adalah keutamaan dalam urusan Imamah.  Namun keutamaan ini hanya pada zaman Imamah Amirul Mukminin sahaja, iaitu selepas zaman tiga Khalifah yang pertama, bukan langsung setelah Rasulullah saaw.

Dakwaan ini tidak boleh diterima berdasarkan beberapa sebab:

  1. Dalam sebahagian riwayat Ghadi menukilkan dari Rasulullah ungkapan ‘selepasku’. Hal ini sebagaimana yang telah dinukilkan oleh penulis sejarah Ahlu Sunnah yang besar seperti Ibnu Kathir dalam Al Bidayah wa An Nihayah dari Abdul Razak dan yang dinukilkan dalam syair Hassan bin Thabit yang terkenal.

 

  1. Syarat yang diperlukan untuk dikhususkan wilayat Amirul Mukminin as setelah zaman Osman adalah terdapat ucapan yang jelas dari Rasulullah saaw terhadap kekhalifahan ketiga-tiga orang yang pertama. Dengan ini kita dapat gabungkan dengan Hadis Ghadir. Namun Ahlu Sunnah sendiri mengakui bahawa tidak wujud sebarang bentuk ucapan yang jelas tentang hal ini.

 

  1. Ungkapan ‘sesiapa’ – dalam Hadis suci Ghadir – adalah ungkapan yang umum yang dibicarakan kepada semua orang. Termasuk di dalamnya adalah tiga orang tersebut.  Maka dengan itu kekhalifahan ketiga-tiga orang tersebut sebelum Amirul Mukminin tidak memiliki makna.

 

  1. Menerima takwil atas makna Maula adalah penolakan jelas ke atas kata-kata Abu Bakar dan Umar. Hal ini dikeranakan kedua-dua mereka adalah yang pertama mendekati Amirul Mukminin dan mengucapkan taniah dengan berkata: ‘berbahagialah kamu yang mana kau adalah Maula kami dan Maula setiap orang mukmin dan mukminat.

 

  1. Tambahan dari ini, para Ahli Hadis Ahlu Sunnah menukilkan yang mana Ibnu Masoud berkata: pada satu malam sekumpulan dari Jin mengadap Rasulullah saaw dan aku juga berada di sisi Baginda. Setelah mereka pergi, Baginda menghela nafasnya.  Aku bertanya kepada Baginda: kenapa ya Rasulullah?

 

Baginda bersabda:

نعيت إليّ نفسي يابن مسعود!

Wahai Ibnu Masoud telah sampai berita kepadaku bahawa kematianku sudah hampir!

Aku bertanya: maka siapakan yang kau lantik sebagai pengantimu?

Baginda bertanya: Siapa?

Aku berkata: Abu Bakar.  Baginda diam

Selang beberapa waktu, Baginda menghela nafas sekali lagi.

Aku berkata: demi ayah dan ibuku aku korbankan untukmu, apa yang berlaku ya Rasulullah?

Baginda sekali lagi menjawab:

نعيت إليّ نفسي يابن مسعود!

Wahai Ibnu Masoud telah sampai berita kepada bahawa kematianku sudah hampir!

Aku bertanya: maka siapakan yang kau lantik sebagai pengantimu?

Baginda bertanya: Siapa?

Aku berkata: Umar.  Baginda diam dan tidak berbicara.

Selang beberapa waktu, Baginda menghela nafas sekali lagi. Aku bertanya: kenapa ya Rasulullah? Baginda sekali lagi menjawab perkara yang sama.

Sekali lagi aku bertanya: maka siapakan yang kau lantik sebagai pengantimu? Sekali lagi Baginda mengulangi jawapan yang sama.  Kali ini aku menyebut nama Ali.

Baginda berkata:

أما والّذي نفسي بيده، لئن أطاعوه ليدخلون الجنّة أكتعين[46]

Aku bersumpah dengan jiwaku di tanganNya, jika semua mentaatinya, semuanya akan masuk ke dalam syurga.

 

Dengan satu persatu dari segala usaha mereka gagal untuk mentakwilkan dan memberi alasan, tidak ada jalan lain kecuali mereka terpaksa mengakuinya dan Hadis Ghadir membuktikan Imamah Amirul Mukminin as adalah dari Rasulullah saaw.  Namun mereka memilih untuk mengunakan jalan lain.  Salah seorang dari Ulamak mutakhir mereka berkata:

Apa dalil yang kita miliki bahawa Imamah bermakna kepimpinan dan pemeritahan?  Mungkin sahaja Imamahnya adalah batin.  Abu Bakar dan pengantinya adalah Imam yang zahir dan nyata.

Seakan yang mana pembahagian Imamah dikembalikan kepada yang mendakwa tentang ini.  Mereka juga telah menetapkan Imamah batin untuk Amirul Mukminin Ali as – sebagaimana yang didakwa oleh golongan Sufi – dan meletakan Imamah zahir untuk orang-orang lain.  Seakan mereka tidak mengetahui bahawa Maula memberi makna pemimpin, pemerintah, pemilik kuasa.  Makna-makna sedemikian menunjukan kekuasaan dan kepimpinan.[47]

 

Antara Ghadir dan Telaga Kauthar

Dengan semua susunan ini, Ghadir adalah peringkat terakhir dan tempat menyampaikan dan mengumumkan Imamah Amirul Mukminin Ali as.  Perbezaan dengan yang lain, kali ini Baginda menyampaikannya bukan dengan isyarah atau menyinggung.  Baginda telah menyampaikan maksudnya dengan jelas dan terang.  Tidak syak lagi apa yang telah disabdakan oleh Baginda adalah menjelaskan maksud dengan lengkap dan sempurna.  Jika tidak, pastinya tidak akan diturun ayat ‘kesempurnaan Agama’ dari Allah SWT.

الْيَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دينَكُمْ وَأَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتي[48]

Hari ini Aku sempurnakan untuk kalian agama kalian dan Aku lengkapkan nikmatKu ke atas kalian …..

Namun pada hari tersebut, sebelum Rasulullah berkhutbah, telah diturunkan ayat Tablig.  Yang mana dalam ayat ini Allah SWT telah menegaskan untuk disampai perintah Allah dan ditutupi dengan ancaman dariNya:

وَإِنْ لَمْ تَفْعَلْ فَما بَلَّغْتَ رِسالَتَهُ[49]

Dan jika kau tidak laksanakannya maka kau tidak pernah menyampaikan risalahNya.

Dan pada waktu itu ancaman dan peringatan dari para penentang serta penyimpangan dan perubahan terhadap perintah Allah, betapa cepat dan pantas penyimpanan dan penentangan akan bergabung dengan apa yang telah berlaku!

Sesungguhnya Rasulullah saaw telah melaksanakan secara sempurna tanggung jawabnya.  Namun dengan berbaki dari umur Baginda yang mulia dan dalam keadaan Baginda tidak lagi bertemu kebanyakan dari mereka, namun Baginda mengetahui dengan baik keputusan yang akan mereka laksanakan …….

Betapa cepat dan pantas apa yang berlaku ….!

Walaupun Rasulullah saaw telah mengingatkan mereka tentang akhirat, tempat yang mana semuanya akan dikumpulkan dan akan bertemu dengannya!  Tidak syak lagi Baginda dengan kata-katanya telah mengujudkan ikatan yang tidak dapat dipisahkan antara telaga kecil Ghadir dan lautan luas Khuthar.  Baginda bersabda:

أيّها الناس! ألا تسمعون؟

 Wahai manusia! Apakah kalian mendengarku?

Mereka menjawab: Ya, kami mendengar.

Baginda bersabda:

فإنّي فرط على الحوض وأنتم واردون عليّ الحوض

Maka sesungguhnya aku akan mendahului dalam mendatangi Al Haudh dan kalian akan mendatangiku di Al Haudh.

Kepercayaan terhadap telaga Kauthar adalah sesuatu yang jelas.  Hal ini dikeranakan lebih dari lima puluh orang sahabat Rasulullah saaw telah menukilkan Hadisnya[50] sehingga ada Ulamak yang mengkafir mereka yang mengikarinya.

Benar, mereka telah diingatkan dengan Kauthar.  Mereka juga diingatkan tentang sabda yang pernah diucapkan sebelum itu:

أنا فرطكم على الحوض وليرفعنّ رجال منكم، تمّ ليختلجنَّ دوني، فأقول: يا ربّ أصحابي!
فيقال: إنّك لا تدري ما أحدثوا بعدك

Aku akan mendahului kalian mendatangi Al Haudh, dan kalian akan mendatangiku di Haudh.  Namun sebahagian dari kalian akan berbelok dan menjauhkan diri dariku.  Aku akan berkata: Tuhanku, mereka ini adalah Sahabatku. Ada suara yang berkata:  kau tidak mengetahui apa yang mereka lakukan setelahmu!

Di dalam riwayat yang lain, lanjutan dari Hadis ini, baginda bersabda:

فأقول: سحقاً سحقاً لمن غيّر بعدي[51]

Dan aku ingin katakan: dijauhi dari rahmat Allah untuk yang murtad setelahku atau yang menukar agamaku setelahku.

Dari zahir teks dapat difahami bahawa apa yang dimaksudkan oleh Rasulullah saaw bukanlah mereka yang telah mati tetapi seluruh Sahabat-Sahabat dari lelaki dan wanita.  Dan pastinya termasuk juga Aishah, kerana pada satu hari pernah berkata kepadanya: apakah setelah kau meninggal dunia, kami kuburkan mu di sisi Rasulullah?

Dia menjawab: setelah apa yang telah aku lakukan, lebih baik aku dikuburkan di sisi isteri-isteri Rasulullah yang lain.  Maka dengan itu, dia dikuburkan di Baqi.[52]

Dengan penuh yakin dapat dikatakan bahawa maksud dari ucapan Rasulullah saaw merangkumi semua yang merubah dan mengubah peristiwa bersejarah ini.  Begitu juga mereka yang melakukan hal yang sama sehingga hari kiamat.  Maka dengan itu semuanya akan mendatangi Rasulullah di sisi Al Haudh.

 

Ya Allah kami beriman kepada apa yang telah Kau turunkan dan kami mengikuti RasulMu. Maka itu gabungkan kami dari kalangan yang bersaksi.  Kata-kata akhir kami adalah segala syukur dan puji adalah milik Allah SWT, Tuhan semesta Alam. Allahuma Salli Ala Muhammad wa A’lihi At Thahirin

[1] Insan Al Uyun, 1 / 154.

[2] Hadis ini dikenali sebagai ‘Hadis Nur’.  Ianya dinukilkan oleh Ahmad bin Hambal, Syaibani, Abu Hatam, Abdullah bin Ahmad, Ibnu Marduyah, Abu Na’im Isfahani, Ibnu Abdul Bar, Khatib Baghdadi, Ibnu Maqhazali, Dailami, Ibnu A’sakir, Rafie’, Muhib Thabari, Ibnu Hajar Asqalani dan yang lain-lain.  Untuk kefahaman yang lebih, sila rujuk kepada jilid ke lima dari Mausu’ah Ma Nufahaat Al Azhar fi Khulasato Ubaqaat Al Anwar yang membahas dari sudut sanad dan hujjahan Hadis ini.

[3] Rasulullah saaw dan Sahabat telah bersaksi tentang perkara ini.  Amirul Mukminin as sendiri telah menyampaikannya beberapa kali. Al Mustadrak A’la As Sahihain, 3 / 136.  Sunan Ibnu Majah, 1 / 57.  Al Khasa’is Nasa’i, 3.  Al Istiaab, 2 / 457. Usdu Al Ghaba, 4 / 18. Hilyatu Al Aulia, 1 / 66.  Tarikh Thabari 2 / 213.  Majma Al Zawaaid, 9 / 102.  Tarikh Baghdad, 4 / 233.  Sunan Tirmizi, 2 / 214.  Dan sumber-sumber yang lain.  Namun sesiapa yang meneliti perbahasan kami, pastinya akan dapat melihat yang dimaksudkan dengan muslim pertama adalah sebagaimana yang telah difirmankan oleh Allah SWT: قُلْ إِنّي أُمِرْتُ أَنْ أَكُونَ أَوَّلَ مَنْ أَسْلَمَ ‘katakan sesungguhnya aku telah diperintahkan supaya aku menjadi muslim yang pertama’ (Al An’am, 14).

[4] Surah As Syua’ra’, ayat 214.

[5] Hadis ini dikenali sebagai ‘Hadis Ad Dar’.  Peristiwa ini dinukilkan oleh para ahli Hadis, penulis sejarah dan sirrah seperti: Ahmad bin Hanbal, 1 / 111.  Nasa’i dalam Al Khasa’is, 18.  Thabari dalm Tarikhnya, 2 / 216.  Ibnu Athir Juzri, 2 / 24.  Muttaqi Hindi dalam Kanzul Ummal, 6 / 397.  Halabi dalam sirrahnya, 1 / 304 dan Ulamak-Ulamak yang lain.

[6] Hadis dikenali sebagai ‘Hadis Al Ashbaah – umpama’.  Hadis ini telah dinukilkan oleh Abdul Razzak bin Hamam, Abu Hatim Razi, Ibnu Shahin, Hakim Nishaburi, Ibnu Marduwih, Ibnu Na’im Isfahani, Baihaqi, Ibnu Maghazali, Dilami, Muhim Thabari dan sekumpulan yang lain.  Kami telah membahas tentang sanad dan teks Hadis ini di dalam Mausu’ah Ma Nufahaat Al Azhar fi Khulasato Ubaqaat Al Anwar.

[7] Hadis Manzila ini telah dinukilkan oleh sebahagian dari Ulamak Ahlu Sunnah seperti Bukhari, Muslim Nishaburi, Ahmad bin Hanbal, Abu Daud Thyalisi, Ibnu Saad, Ibnu Majah, Ibny Habban, Tirmizi, Hakim Nishaburi, Ibnu Marduwih, Khatib Baghdadi, Ibnu Abdul Bar, Ibnu Hajar Asqalani dan yang lain-lain. Kami telah membahas tentang sanad dan teks Hadis ini di dalam Mausu’ah Ma Nufahaat Al Azhar fi Khulasato Ubaqaat Al Anwar.

[8] Hadis ini dinukilkan oleh Abdul Razak bin Hamam, Yahya bin Muein, Ahmad bin Hambal, Tirmizi, Bazzar, Thabari, Hakim Nishaburi, Ibnu Marduwih, Abu Na’im Isfahani, Mawardi, Khatib Baghdadi, Ibnu Abdul Bar, Baihaqi, Dilami, Ibnu Asakir, Nawawi, Mazzi, A’la’ie, Ibnu Hajar Asqalani dan sebahagian yang lain. Kami telah membahas tentang sanad dan teks Hadis ini di dalam jilid kesepuluh dan kesebelas Mausu’ah Ma Nufahaat Al Azhar fi Khulasato Ubaqaat Al Anwar.

[9] Hadis ini dinukilkan oleh Abu Hanifa, Ahmad bin Hambal, Abu Hatim Razi, Tirmizi, Bazzar, Nu’mani, Abu Ya’li, Baghwi, Tabrani, Dar Qathni, Hakim Nishaburi, Ibnu Mardawiy, Abu Na’im Isfahani, Baihaqi, Khatib Baghdadi, Ibnu Abdul Bar, Ibnu Asakir, Ibnu Athir, Mazzi, Zahabi, Ibnu Hajar Asqalani dan yang lain-lain. Kami telah membahas tentang sanad dan teks Hadis ini di dalam jilid ketiga belas Mausu’ah Ma Nufahaat Al Azhar fi Khulasato Ubaqaat Al Anwar.

[10] ‘Hadis Rayat – Bendera’ di nukilkan oleh Bukhari dan Muslim di beberapa tempat di dalam kitab Sahih mereka.  Antaranya di dalam bahagian ‘Fadha’il Amirul Mukminin as’.   Ianya juga dinukilkan oleh Ahmad bin Hambal dalam Masnad, 5 / 322.  Nasa’i dalam Al Khasa’is, 6.  Ibnu Saad dalam Al Thabaqat Al Kubra, 2 / 80.  Abdul Bar dalam Al Isti’aab, 2 / 450.  Baihaqi dalam As Sunan Al Kubra, 6 / 362. Muttaqi Hindi dalam Kanzu Al Umal, 5 / 284.  Khatib Baghdadi dalam Tarikh Baghdad, 8 / 5.  Ibnu Majah, Hakim Nishaburi dan lain-lain lagi.  Kami memiliki tulisan tersendiri tentang hal ini yang mana ianya adalah sebahagian dalam penulisan tentang akidah yang telah dicetak.

[11] Hadis ini dinukilkan oleh Tirmizi dalam Sunannya, 2 / 183. Nasa’i dalam Al Khasa’is, 20.  Hakim Nishaburi dalam Al Mustadarak A’la As Sahihain, 3 / 51.  Ahmad bin Hanbal dalam Masnad, 1 / 3 dan 151. Haithami dalam Majma Al Zawaid, 9 / 119.  Muttaqi Hindi dalam Kanzu Al Umal, 1 / 246.  Jalaludin Sayuthi dalam Ad Dar Al Manthur, 3 / 209 dan sebahagian lagi dari penghafal Hadis Ahlu Sunnah.

[12] Antara yang meriwayatkan ‘Hadis Ghadari’ adalah: Muhammad bin Ishak, Abdul Razak, Shafie, Ahmad bin Hanbal, Bukhari dalam kitab tarikhnya, Tirmizi, Ibnu Majah, Bazzar, Nasa’i, Abu Ya’li, Thabari, Baghwi, Ibnu Habban, Dar Quthni, Hakim Nishaburi, Baihaqi, Ibnu Abdul Bar, Khatib Baghdadi, Zamakhshari, Ibnu Asakir, Ibnu Athir, Dhia Muqadasi, Muhib Thabari, Mazzi, Zahabi, Ibnu Kathir, Ibnu Hajar Asqalani, Jalaludin Sayuthi, dan Ulamak-Ulamak yang lain. Kami telah membahas tentang sanad dan teks Hadis ini di dalam jilid 6 – 9 Mausu’ah Ma Nufahaat Al Azhar fi Khulasato Ubaqaat Al Anwar.

[13] Turunnya ayat ini di Ghadir telah dinukilkan oleh Thabari, Ibnu Abi Hatim, Ibnu Marduwiy, Thalabi, Abu Na’im Isfahani, Abu Saed  Sajistani, Haskani, Ibnu Asakir, Fakhru Razi, Nishaburi, A’ini, Jalaludin Sayuthi dan lain-lain lagi.  Rujuk ke Mausu’ah Ma Nufahaat Al Azhar fi Khulasato Ubaqaat Al Anwar.

[14] Surah Al Maidah, ayat 67.

[15] Turunnya ayat ini di Ghadir dinukilkan oleh Thabari, Ibnu Mardawiy, Abu Na’im Isfahani, Khatib Baghdadi, Ibnu Maghazali, Khawarzimi, Hamuyini, Ibnu Asakir, Ibnu Kathir, Jalaludin Sayuthi dan lain-lain. Rujuk ke Mausu’ah Ma Nufahaat Al Azhar fi Khulasato Ubaqaat Al Anwar.

[16] Al Maidah, ayat 3.

[17] Riwayat ini dinukilkan oleh Abu Bakar bin Abi Shabih, Ahmad, Abu Saad Khurgusyi, Thalabi, Abu Saed Sam’a’ni, Khatib Tarbizi, Ibnu Kathir, Maqrizi, Muhib Thabari. Rujuk ke Mausu’ah Ma Nufahaat Al Azhar fi Khulasato Ubaqaat Al Anwar, 7 / 133.

[18] Syair ini dinukilkan oleh para Hufaz Ahlu Sunnah seperti: Abu Saad Khurgusyi, Ibnu Mardawiy, Abu Na’im Isfahani, Abu Saed Sajistani, Muwafiq bin Ahmad Makki Khawarzimi, Abul Fath Nathatri, Sibt ibnu Jauzi, Hafiz Ghanji, Sadr Hammu’ie. Jamal Zarandi, Jalaludin Sayuthi dan yang lain-lain. Untuk lebih memahami tentang hal ini, sila rujuk ke Mausu’ah Ma Nufahaat Al Azhar fi Khulasato Ubaqaat Al Anwar, jilid 8 dan jilid ke dua Al Ghadir.

[19] Al Ghadir, 1 / 159.

[20] Ibid, 1 / 186.

[21] Ibid, 1 / 195

[22] Nufahaat Al Azhar, 9 / 9 – 27.

[23] Usni Al Mathalib, 49.

[24] Al Ghadir, 1 / 197 – 200.

[25] Riwayat ini dinukilkan oleh Ahmad bin Hambal, Thabrani, Ibnu Mardawiy, Ibnu Athir, Muhib Thabari, Haithami, Qari dan yang lain-lain. Mausu’ah Ma Nufahaat Al Azhar fi Khulasato Ubaqaat Al Anwar, 9 / 139.

[26] Riwayat ini dinukilkan oleh Bukhari, Muslim, Ahmad bin Hanbal, Tirmizi, Ibnu Majah dan yang lain.  Namun mereka demi menutupi stigma pemimpin mereka Muawiyah, mereka telah mengurangkan dan menutupi kata-kata yang buruk dengan melakukan perubahan di dalamnya.  Hal ini dikeranakan di dalam Hadis disebutkan:

Pada satu hari Muawiyah bin Abi Suffian bertanya kepada Saad: kenapa kau tidak menyumpah Abu Turab?

Saad berkata: ketika aku teringat tentang tiga keutamaannya yang disebutkan oleh Rasulullah, aku tidak akan boleh menyumpahnya ….

Namun di dalam sebahagian kitab pula disebutkan versi lain dari peristiwa ini: Muawiyah dalam satu perjalanan Hajinya, mendatangi Saad.  Muncul pembicaraan tentang Ali.  Muawiyah berbicara buruk tentang Imam.  Saad menjadi marah kerana hal tersebut, lalu beliau menyampaikan beberapa keutamaan Ali as dan diantaranya adalah Hadis Ghadir.

Dalam Al Bidayah wa An Nihayah, Ibnu Kathir telah menghapus petikan ‘Muawiyah berbicara buruk tentang Ali dan Saad menjadi marah’.

Ahmad bin Hambal juga meriwayatkan kejadian ini dengan menukilkan: di sisi seseorang, muncul pembicaraan tentang Ali, Saad bin Abi Waqas juga hadir di sana dan berkata: apakah kalian berbicara buruk terhadap Ali?

Dalam kitab Al Khasa’is dinukilkan dari Saad: pada suatu hari aku duduk di satu tempat yang sedang berbicara buruk terhadap Ali bin Abi Talib.

Aku berkata: sesungguhnya aku mendengar Rasulullah saaw bersabda ……

Sebahagian dari pencatit Hadis telah menghapus asal cerita ini dan menulis:

Saad bin Abi Waqas berkata: Rasulullah saaw telah bersabda tentang tiga keutamaan Ali ……

Untuk mengetahui lebih lanjut sila rujuk kepada Mausu’ah Ma Nufahaat Al Azhar fi Khulasato Ubaqaat Al Anwar, 6 / 34.

[27] Al Manaqib Khawarizmi, 130.

[28] Al Ma’aarij, ayat 1 – 3.

[29] Surah A’li Imran, ayat 68.

[30] As Sawaiq Al Mukhriqah, 26.

[31] Masnad Ahmad, 4 / 370.  Al Khasa’is, 100, Al Bidayah Wa An Nihayah, 7, 346.  Ar Riyadh An Nadhirah, 2 / 223.

[32] Masnad Ahmad, 1 / 119.

[33] Asdu Al Ghaba, 4 / 321.

[34] Kanzu Al Umal, 15 / 115.

[35] Masnad Ahmad, 4 / 368.

[36] Kifaya At Thalib, 62.

[37] Usdu Al Ghaba, 1 / 8.

[38] Bermaksud mereka telah menukilkan dari awal dan penghujung Hadis Hadis ini sebagaimana yang telah kami sebutkan di atas.  Namun sebahagian pula tidak meriwayatkan peristiwa secara penuh.  Mereka berkata: Rasulullah saaw telah menyampaikan khutbah (Masnad Ahmad, 4 / 372).  Sebahagian pula berkata: dia telah bersabda apa yang Allah inginkan (Al Mustadrak, 3 / 109). Sebahagian pula mengatakan: telah disampaikan pada hari tersebut perkara yang diperlukan dari pada hari tersebut sehingga hari kiamat (Majma Al Zawa’id, 9 / 105).  Dengan apa yang telah dijelaskan oleh para perawi, maka bagaimana dengan apa yang telah disabdakan oleh Rasulullah saaw pada hari Ghadir?  Kenapa mereka tidak menukilkan khutbah bersejarah tersebut?

[39] Kata-kata ini disebutkan dalam riwayat Ahmad bin Hambal, Ibnu Majah, Bazzar, Nasa’i, Abu Ya’la, Thabari, Ibnu Habban, Dar Quthni dan Ulamak Hadis Ahlu Sunnah yang lain.

[40] Surah Al Ahzab, ayat 6.

[41] Surah Al Hasyr, ayat 7.

[42] Perkataan ini dengan huruf ‘fa’ bermakna cabang, dinukilkan oleh Ahmad bin Hanbal, Nasa’i, Thabari, Thabrani, Dhia Muqadasi, Mahamali, Abu Ya’la, Ibnu Kathir, Samuwadi, Muttaqi Hindi dan yang lain-lain.

[43] Al Mawa’iz wa Al I’tibar, 2 / 220.

[44] Surah Al Hadid, ayat 15.

[45] Nufahaat Al Azhar, 8 / 15 – 88.

[46] Riwayat ini dinukilkan oleh sekelompok dari Ulamak Ahlu Sunnah seperti Ahmad bin Hanbal, Abu Na’im Isfahani, Thalabi, Khawarazmi, Umar Malla, Abdul Kadir Thabari dan ……. Mausu’ah Ma Nufahaat Al Azhar fi Khulasato Ubaqaat Al Anwar, 9 / 274 – 279.

[47] Mausu’ah Ma Nufahaat Al Azhar fi Khulasato Ubaqaat Al Anwar, 8 / 89 – 113.

[48] Surah Al Maidah, ayat 3.

[49] Al Maidah, ayat 67.

[50] Laqthu Al La’a’li Al Mutanatharah, 251.

[51] Hadis ini disebutkan di dalam Sahih Bukhari dan Muslim dan kitab-kitab Sehah yang lain serta sumber-sumber yang lain.  Sahih Bukhari, 4 / 78, Bab Fi Al Haudh.

[52] Mustadrak A’la As Sahihain, 4 / 6.  Beliau menganggap Hadis ini sahih di sisi Bukhari dan Muslim.  Al Ma’a’rif, 134.  Dan terdapat juga di sumber-sumber yang lain.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *